BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Nur Amisya binti Abdul Aziz |
Umur | : 9 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Nur Amisya merupakan salah seorang ahli PEDi yang berasal dari Kampung Matang Jambo, Degong, Langkap. Amisya berumur 9 tahun dan merupakan pelajar Tahun 3 dari Sekolah Kebangsaan Seri Langkap. Amisya mula mengikuti kelas dan aktiviti di PEDi dengan sokongan ibu beliau yang tidak mahu anaknya ketinggalan untuk belajar komputer dan teknologi baru. Amisya menghadiri kelas bersama adiknya, Amimie.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan Amisya dalam menjadi ahli di PEDi, Amisya kurang pendedahan tentang ICT dan penggunaan komputer. Pengetahuan komputer Amisya sangat terhad kerana tiada kemudahan komputer di rumah dan di sekolah. Amisya tidak pernah belajar untuk menaip dan menggunakan enjin carian
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli di PEDi, Amisya rajin mengikuti kelas-kelas ICT bersama adiknya. Hampir setiap kelas dan aktiviti ICT yang diadakan di PEDi dihadirinya. Amisya telah menghadiri kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point, Canva dan lain-lain lagi. Amisya juga mengenali nama-nama perkakasan komputer. Amisya juga tahu mencari maklumat atau gambar melalui enjin carian. Amisya juga telah mahir menggunakan tetikus dengan cekap dan boleh menaip dengan lancar. Amisya sedang mngikuti kelas latihan menaip untuk lebih mahir dan lebih pantas menaip.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Nur Amira binti Razale |
Umur | : 9 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Nur Amira merupakan salah seorang ahli PEDi yang berasal dari Kampung Attaduri, Langkap. Berumur 9 tahun dan merupakan pelajar Tahun 3 dari Sekolah Kebangsaan Seri Langkap. Lebih mesra digelar Amira, merupakan anak kesayangan ibubapanya dan merupakan seorang yang sangat aktif dan banyak bertanya ketika di dalam kelas. Beliau meminati kelas ICT seperti rekaan poster. Penyertaan kelas ICT di PEDi disokong oleh ayah beliau, Encik Razale yang sangat gigih menghantar dan menjemput setiap kali kelas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pendedahan tentang ICT dan penggunaan komputer. Menurut beliau, ada makmal komputer di sekolah tapi jarang digunakan dan tiada kelas komputer diadakan disekolah. Beliau sangat berminat untuk belajar komputer. Pengetahuan ICT beliau sangat terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli di PEDi, Amira rajin mengikuti kelas-kelas ICT bersama rakan-rakannya. Hampir setiap kelas ICT yang diadakan di PEDi dihadiri oleh Amira. Beliau telah menghadiri kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point, Canva dan lain-lain lagi. Beliau juga mengenali nama-nama perkakasan komputer. Beliau juga tahu mencari maklumat atau gambar melalui enjin carian.
Sebagai pengguna aktif di PEDi Taman Intan Jaya 1, beliau sentiasa menggunakan komputer di PEDi sebagai alat pembelajaran dan tempat untuk mencari maklumat. Beliau banyak menggunakan kemudahan di PEDi untuk mencari maklumat dan gambar yang perlu digunakan untuk pembelajaran di sekolah.
Beliau juga selalu memanfaatkan cuti sekolah dengan menghadiri program dan aktiviti di PEDI. Setiap kali cuti sekolah, beliau akan menghadiri setiap aktiviti dan kelas yang diadakan. Jika tiada kelas diadakan, beliau akan meminta kebenaran petugas untuk menggunakan PC untuk tujuan permainan pendidikan atau E-Pembelajaran. Beliau juga banyak membuat kerja sekolah di PEDi.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Nur Husnina Zulaikha Binti Mohammad Zaidi |
Umur | : 11 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Nur Husnina Zulaikha atau lebih mesra dipanggil Nina merupakan salah seorang ahli PEDi yang berasal dari Kampung Attaduri, Langkap. Beliau merupakan pelajar dari sekolah Sekolah Kebangsaan Seri Langkap. Beliau seorang yang pemalu namun sangat aktif menghadiri aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Taman Intan Jaya. Beliau selalu menghadiri aktiviti bersama-sama adiknya, Nur Irdina Batrisya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pendedahan tentang ICT dan penggunaan komputer. Ketiadaan kemudahan komputer dan internet membataskan beliau untuk belajar komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT bersama adiknya. Beliau telah menghadiri kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point, Canva dan lain-lain lagi. Belaiu dapat menjelaskannaman dan fungsi-fungsi komponen komputer dengan betul.
Sebagai pengguna aktif di PEDi Taman Intan Jaya 1, beliau sentiasa menggunakan komputer di PEDi sebagai alat pembelajaran dan tempat untuk mencari maklumat. Beliau menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk mencari maklumat atau gambar yang perlu digunakan untuk kegunaan di sekolah.
Beliau juga memanfaatkan cuti sekolah dengan menghadiri program cuti sekolah E-Pembelajaran yang dibuat oleh petugas PEDi. Beliau juga menunjukkan minat dalam program yang melibatkan rekaan poster dan pengeditan gambar.