BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Nur Amira binti Razale |
Umur | : 9 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Nur Amira merupakan salah seorang ahli PEDi yang berasal dari Kampung Attaduri, Langkap. Berumur 9 tahun dan merupakan pelajar Tahun 3 dari Sekolah Kebangsaan Seri Langkap. Lebih mesra digelar Amira, merupakan anak kesayangan ibubapanya dan merupakan seorang yang sangat aktif dan banyak bertanya ketika di dalam kelas. Beliau meminati kelas ICT seperti rekaan poster. Penyertaan kelas ICT di PEDi disokong oleh ayah beliau, Encik Razale yang sangat gigih menghantar dan menjemput setiap kali kelas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pendedahan tentang ICT dan penggunaan komputer. Menurut beliau, ada makmal komputer di sekolah tapi jarang digunakan dan tiada kelas komputer diadakan disekolah. Beliau sangat berminat untuk belajar komputer. Pengetahuan ICT beliau sangat terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli di PEDi, Amira rajin mengikuti kelas-kelas ICT bersama rakan-rakannya. Hampir setiap kelas ICT yang diadakan di PEDi dihadiri oleh Amira. Beliau telah menghadiri kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point, Canva dan lain-lain lagi. Beliau juga mengenali nama-nama perkakasan komputer. Beliau juga tahu mencari maklumat atau gambar melalui enjin carian.
Sebagai pengguna aktif di PEDi Taman Intan Jaya 1, beliau sentiasa menggunakan komputer di PEDi sebagai alat pembelajaran dan tempat untuk mencari maklumat. Beliau banyak menggunakan kemudahan di PEDi untuk mencari maklumat dan gambar yang perlu digunakan untuk pembelajaran di sekolah.
Beliau juga selalu memanfaatkan cuti sekolah dengan menghadiri program dan aktiviti di PEDI. Setiap kali cuti sekolah, beliau akan menghadiri setiap aktiviti dan kelas yang diadakan. Jika tiada kelas diadakan, beliau akan meminta kebenaran petugas untuk menggunakan PC untuk tujuan permainan pendidikan atau E-Pembelajaran. Beliau juga banyak membuat kerja sekolah di PEDi.