Klinik Kesihatan Ijok
Jaraknya lebih kurang 3km dari Kampung Parit Mahang. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, jika penduduk menghadapi masalah kesihatan pada hari-hari cuti, mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang dan Hospital Sungai Buloh yang jaraknya lebih kurang 15km. Disamping itu, terdapat juga klinik swasta disekitar Pekan Ijok dan Pekan Sungai Buloh.