Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.
Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.
Kelip Kelip dan Pohon Berembang
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis 'Pteroptyx tener' adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.
Pokok Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.
Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Pekan Langkap yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:
Pasar Pekan Rabu Langkap
Kawasan ini merupakan sebuah tarikan bagi penduduk yang tinggal di sekitar Pekan Langkap, Chenderong Balai, Tg Keramat dan Air Kuning. Pasar ini dinamakan sebagai "Pekan Rabu" oleh penduduk setempat kerana ianya dibuka pada hari rabu seawal jam 6.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Pasar ini merupakan sebuah tempat yang unik kerana menjual pelbagai barangan keperluan harian bagi penduduk Langkap khususnya. Di antara barangan yang boleh didapati di sini adalah seperti barangan basah (hasil laut dan daging mentah), ternakan unggas (anak ayam, itik dan angsa), pakaian, makanan dan minuman.
Pekan Rabu ini terletak di sebuah kawasan yang strategik kerana ia berpusat di tengah-tengah Pekan Langkap. Di samping itu tapak ini juga berhampiran dengan Klinik Kesihatan yang mana kebanyakkan penduduk yang menghantar waris mereka untuk menerima rawatan boleh mendapatkan barangan keperluan mereka sementara menunggu ahli keluarga mereka selesai menerima rawatan di Klinik Kesihatan.
Sumber : NN Creative, laman Facebook NN Creative
Masjid Jamek Al-Makmur Langkap
Tapak tanah seluas suku ekar bernombor Lot 3162 di Mukim Changkat Jong ini telah diwakafkan oleh keluarga Allahyarham Cikgu Zamri untuk didirikan sebuah masjid bagi kegunaan komuniti di Kg Melayu Langkap, Perak. Masjid ini telah dinamakan sebagai Masjid Jamek Al-Makmur dan dibina menggunakan hasil wakaf dan sumbangan ahli kariah setempat secara gotong royong. Masjid ini juga telah diberikan suntikan dana oleh Kerajaan negeri dan pusat anggaran sebanyak RM 100,000.00 untuk membuat penambahbaikan daripada segi infrastruktur masjid.
Ahli Jawatankuasa masjid ini diketuai oleh Haji Mustafa Kamal Bin Midi selaku Pengerusi masjid, diikuti dengan beberapa biro-biro penting yang membantu beliau untuk menguruskan segala keperluan dan pengurusan Masjid. Selain itu, masjid ini juga semenjak sekian lamanya berperanan sebagai pusat dakwah bagi aktiviti keagamaan, majlis keramaian dan urusan-urusan lain yang berkaitan.
Padang Pelbagai Guna Kg Attaduri
Padang Pelbagai Guna Kg Attaduri merupakan sebuah kawasan rekreasi yang diwujudkan bagi kegunaan komuniti di sekitar Kg Attaduri dan kawasan sekitar. Projek ini dibangunkan di bawah Program Ameniti Sosial di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia untuk menaiktaraf fasiliti-fasiliti rekreasi di kawasan ini. Projek ini telah berjaya diselesaikan pada Oktober 2022 yang mana terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan baru seperti laluan pejalan kaki, alatan-alatan bersenam dan kawasan tempat meletak kenderaan. Selain daripada kegunaan rekreasi, padang ini juga digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti program Kenduri Rakyat, Sukaneka KEMAS dan aktiviti gotong-royong oleh penduduk setempat, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan.
Memorial Pelanggaran Gajah Kg Sungai Kerawai
Landasan Keretapi Sungai Kerawai Teluk Intan, akan tetap kekal dalam sejarah KTMB walaupun perkhidmatan keratapi tiada lagi di bandar ini. Ini adalah kerana suatu kejadian pelanggaran seekor gajah jantan dengan sebuah keretapi yang dikatakan bersifatkan kepimpinan.
Mengikut sejarah, serangan luar jangkaan itu berlaku pada 17 September 1894 pada waktu senja di antara pukul 5-7 petang. Kejadian ini melibatkan keretapi wap yang membawa tiga gerabak penumpang yang dalam perjalannya dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Lumpur. Setibanya di Teluk Anson, sekarang dikenali sebagai Teluk Intan, keretapi tersebut dirempuh secara berhadapan oleh seekor gajah jantan yang sedia menunggu di tempat itu bersama sekawanan gajah.
Gajah tersebut yang dipercayai adalah ketua dalam sekawanan gajah bertindak begitu untuk mempertahankan gajah- gajah lain daripada dilanggar keretapi. Terdapat juga sumber lain mengatakan peristiwa ini berlaku kerana gajah itu menuntut bela ke atas kematian anaknya yang dirempuh kereta api beberapa tahun sebelumnya, di tempat yang sama.
Rempuhan secara berhadapan yang sangat kuat, telah mengakibatkan gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Momentum pelanggaran yang amat kuat itu telah mengakibatkan gerabaknya tergelincir dari landasan .
Sebuah memorial telah didirikan oleh pihak British sebagai peringatan terhadap keberanian dan tanggungjawab gajah jantan itu sebagai ketua kawanan yang sanggup mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan anak anak buah nya. Papan tanda yang bertuliskan : THERE IS BURIED HERE A WILD ELEPHANT WHO IN DEFENSE OF HIS HERD CHARGED AND DERAILED A TRAIN ON THE 17 th DAY OF SEPT. 1894 yang masih tegak kukuh di tempat kejadian sehingga sekarang jelas mengiktirafkan sifat kepimpinan gajah tersebut sebagai ketua.
Sumber lisan daripada orang tempatan menyatakan bahawa dua orang warga India meninggal dunia dan penumpang lain mengalami kecederaan ringan dalam pelanggaran ini.
Sebagai peringatan kejadian sejarah tersebut, tengkorak gajah telah diawet dan dipamerkan di Muzium Perak yang berada di Taiping manakala tulang pahanya di tempatkan di muzium KTMB. Adalah difahamkan bahawa Pihak British telah membawa pulang gading gajah jantan itu Ke England.
Batu Penanda Memorial Perlanggaran Gajah
Keratan Akhbar Insiden Perlanggaran Gajah di Sungai Kerawai
Sumber : Majlis Perbandaran Teluk Intan, laman web Majlis Perbandaran Teluk Intan (Tapak Warisan Teluk Intan)