SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NADIONAL (NADI) TAMAN INTAN JAYA 1, LANGKAP, PERAK

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Taman Intan Jaya 1 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Taman Intan Jaya 1 telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2022. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Taman Intan Jaya 1 bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

  AHLI LAMA

250

  AHLI BARU BULAN MEI 2024

5
 KESELURUHAN PADA JUN 2024 255
 
 
 KENALI PETUGAS PEDi :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 
PENGURUS
  
 
 
Nama : Cik Hamizatul Nadia Binti Abdul Hamid
Mula berkhidmat : 11 Februari 2022
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 WhatsApp-Image-2024-05-30-at-12.52.32 4f17a213
 
Nama: Cik Nur Syahirah binti Zulkepli
Mula berkhidmat : 2 Februari 2024