BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Nur Husnina Zulaikha Binti Mohammad Zaidi |
Umur | : 11 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Nur Husnina Zulaikha atau lebih mesra dipanggil Nina merupakan salah seorang ahli PEDi yang berasal dari Kampung Attaduri, Langkap. Beliau merupakan pelajar dari sekolah Sekolah Kebangsaan Seri Langkap. Beliau seorang yang pemalu namun sangat aktif menghadiri aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Taman Intan Jaya. Beliau selalu menghadiri aktiviti bersama-sama adiknya, Nur Irdina Batrisya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pendedahan tentang ICT dan penggunaan komputer. Ketiadaan kemudahan komputer dan internet membataskan beliau untuk belajar komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT bersama adiknya. Beliau telah menghadiri kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point, Canva dan lain-lain lagi. Belaiu dapat menjelaskannaman dan fungsi-fungsi komponen komputer dengan betul.
Sebagai pengguna aktif di PEDi Taman Intan Jaya 1, beliau sentiasa menggunakan komputer di PEDi sebagai alat pembelajaran dan tempat untuk mencari maklumat. Beliau menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk mencari maklumat atau gambar yang perlu digunakan untuk kegunaan di sekolah.
Beliau juga memanfaatkan cuti sekolah dengan menghadiri program cuti sekolah E-Pembelajaran yang dibuat oleh petugas PEDi. Beliau juga menunjukkan minat dalam program yang melibatkan rekaan poster dan pengeditan gambar.