|
Tujuan:
Mengajar peserta menghasilkan dokumen menggunakan perisian Microsoft Word.
Aktiviti:
Peserta diajar untuk membuat muka depan dokumen dengan memasukkan maklumat diri dan membuat border, membuat trademark dokumen dan cara untuk memasukkan nombor ke dalam dokumen.
Tarikh : 23 Februari 2023 (Khamis)
Masa : 2.30 -4.30 Tengah Hari Tempat: PEDi Taman Intan Jaya 1 Peserta : 2 |
Tujuan:
Memberi didikan kepada peserta mengenai jenis-jenis buli, kesan dan akibat buli kepada individu dan komuniti.
Aktiviti:
Peserta ditayangkan video penerangan mengenai jenis-jenis buli, contoh-contoh kes buli, kesan dan akibat perbuatan buli kepada individu dan komuniti. Selain itu petugas mengadakan sesi soal jawab dan peserta dikehendaki menjawab teka silang kata mengenai buli.
|
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta tentang kegunaan enjin pencarian Google dan membuat folder di dalam komputer untuk menyimpan gambar yang dimuat turun.
Aktiviti:
Peserta memuat turun 5 gambar daripada enjin pencarian Google dan menyimpan gambar tersebut di dalam folder yang dinamakan mengikut nama mereka.
|
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada warga emas cara pengaplikasian email di dalam urusan rasmi.
Aktiviti:
Peserta mendaftar akaun Gmail dan dibimbing oleh petugas cara untuk menghantar email dengan memasukkan alamat, subjek dan memuatnaik dokumen yang ingin dihantar daripada komputer.
|
Tujuan:
Memberi penerangan kepada peserta fungsi portal SPA9.
Aktiviti:
Peserta mendaftar akaun di portal SPA9 dan mengisi segala maklumat diri serta memilih jawatan pekerjaan mengikut kelayakan pendidikan mereka.