|
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta terhadap penggunaan dan fungsi-fungsi perisian Canva sebagai alat untuk membuat logo.
Aktiviti:
- Peserta diajar oleh petugas cara untuk menyimpan fail canva di dalam desktop komputer.
- Peserta telah diterangkan oleh petugas mengenai fungsi elemen yang ada pada perisian Canva.
- Peserta diajar untuk mengedit warna, bentuk tulisan logo dan menambah elemen di dalam perisian Canva.
|
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta terhadap penggunaan dan fungsi-fungsi perisian Microsoft Excel.
Aktiviti:
- Peserta diajar oleh petugas cara untuk menyimpan fail Excel di dalam desktop komputer.
- Peserta telah diterangkan oleh petugas mengenai fungsi "Ribbon Menu" yang ada pada perisian Microsoft Excel.
- Peserta diajar menggunakan kaedah "shortcut" untuk menyalin dan menampal data di dalam perisian Microsoft Excel.
|
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti mereka dengan menggunakan peralatan ICT.
Aktiviti:
- Peserta membuat aktiviti mewarna mengikut nombor di laman sesawang TurtleDiary.
- Aktiviti ini melatih peserta untuk menggunakan tetikus dengan cara yang betul.
|
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran mereka menggunakan papan kekunci.
Aktiviti:
- Peserta diajar oleh petugas cara untuk memilih template kad ucapan Hari Guru di dalam perisian Canva.
- Peserta diajar untuk memuatnaik gambar yang telah dimuat turun daripada enjin carian Google di dalam perisian Canva.
- Peserta diajar menggunakan kaedah "shortcut" untuk menyalin dan menampal elemen di dalam perisian Canva seterusnya melatih mereka untuk lebih mahir menggunakan papan kekunci.
|
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta untuk menggunakan perisian Canva di dalam penghasilan media.
Aktiviti:
- Menerangkan penggunaan perisian Canva sebagai medium rekaan multimedia.
- Memberi bimbingan cara penggunaan dan fungsi elemen di dalam perisian Canva kepada peserta untuk menghasilkan Kad Ucapan Hari Ibu.