TARIKH: 31 DISEMBER 2022
HARI: SABTU
MASA: 2:30PM - 4:00PM
BILANGAN PESERTA: 10 ORANG
TUJUAN:
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak akan isu keselamatan siber.
AKTIVITI
Petugas memberi ceramah berkaitan keselamatan siber, mengadakan kuiz dan permainan teka silang kata kepada kanak-kanak.
TARIKH: 29 DISEMBER 2022
HARI: KHAMIS
MASA: 2:30PM - 4:00PM
BILANGAN PESERTA: 2 ORANG
TUJUAN:
Membuat rekaan poster mengenai azam dan mengisi azam tahun baru 2023.
AKTIVITI
Petugas memberi lampiran mengenai azam tahun baharu 2023 dan pelajar diminta untuk mewarnakan dan menyenaraikan azam-azam mereka sempena kedatangan tahun baharu 2023.
TARIKH: 26 NOVEMBER 2022
HARI: JUMAAT
MASA: 3:00PM - 5:00PM
BILANGAN PESERTA: 1 ORANG
TUJUAN:
Mengajar peserta mengenai fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word dan cara penggunaan Microsoft Word.
Peserta juga belajar "keyboard shortcut" yang boleh dipraktikkan semasa menaip.
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi dalam Microsoft Word dan membimbing peserta membuat latihan untyuk memahirkan penggunaan Microsoft Word untuk membuat dokumen.
NOTA: Merupakan kelas khas diadakan untuk pelajar istimewa.
Tarikh: 05 November 2022
Hari: Isnin
Masa: 10:30 AM -12:30 AM
Tempat: PEDi Taman Intan Jaya 1
Tujuan: Membantu untuk mengisi borang Permohonan Faedah PERKESO akibat kehilangan pekerjaan.
Petugas membantu individu yang kehilangan pekerjaan akibat penutupan perniagaan untuk membuat permohonan untuk faedah KWSP. Disamping itu, petugas mempromosikan PEDi kepada pengguna yang hadir serta aktiviti-aktiviti yang diadakan di PEDi.
Tarikh : 8hb Oktober 2022 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Zoom Meeting Peserta : 20 orang |
TUJUAN
Kursus Latihan Pengendalian Makanan Secara Online ini diadakan bagi memberi peluang kepada peserta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjalani latihan ini bagi memenuhi syarat dalam bidang pengendalian makanan. Latihan ini dijalankan secara online bagi memudahkan peserta yang jauh untuk menjalani latihan.
AKTIVITI
Seramai lebih kurang 20 orang peserta yang menjalani secara online mendengar ceramah dan penerangan yang disampaikan oleh pegawai latihan pengendalian makanan. Beberapa aktiviti dan menjawab soalan diadakan bagi memastikan peserta mendapat ilmu dan mencapai tujuan matlamat kursus.