TARIKH: 14 JANUARI 2024 MASA: 2:30PM - 4:30PM TEMPAT: PEDi TAMAN INTAN JAYA 1 PESERTA: 5 ORANG |
Tujuan:
- Membantu peserta memahirkan penggunaan komputer melalui permainan pendidikan di laman sesawang ABCYA
Aktiviti
- Penerangan dan tutorial penggunaan komputer dan tetikus
- Penerangan mengenai laman sesawang ABCYA
- Peserta bermain permainan pendidikan dambil dipantau oleh petugas
TARIKH: 10 JANUARI 2024 MASA: 10:00AM - 5:00PM TEMPAT: PEDi TAMAN INTAN JAYA 1 PESERTA: 19 ORANG |
Tujuan:
- Membantu komuniti membuat pendaftaran PADU bersama pegawai dari Jabatan Perangkaan
Aktiviti
- Penerangan dan advokasi berkaitan PADU
- Membantu komuniti sekitar membuat pendaftaran
- Mengenalpasti masalah yang wujud ketika membuat pendaftaran
TARIKH: 22 DISEMBER 2023 MASA: 3:00PM - 4:00PM TEMPAT: PEDi TAMAN INTAN JAYA 1 PESERTA: 3 ORANG |
Tujuan:
- Mengajar peserta menggunakan internet dengan betul untuk mencari sebarang maklumat dan memastikan maklumat tersebut dari sumber yang betul
Aktiviti
- Penerangan dari petugas mengenai fungsi internet, enjin carian dan pelayar internet
- Petugas menunjukkan cara-cara membuat carian di internet, daripada website dan carian gambar
- Peserta membuat aktiviti mencari maklumat berdasarkan topik dan soalan yang diberikan oleh petugas
TARIKH: 23 DISEMBER 2023 MASA: 3:00PM - 5:00PM TEMPAT: PEDi TAMAN INTAN JAYA 1 PESERTA: 8 ORANG |
Tujuan:
- Mengajar peserta mengenai jenis-jenis struktur jambatan dan tahap kekukuhan jambatan
Aktiviti
- Penerangan dari petugas mengenai jenis-jenis bentuk strukur jambatan yang pernah dibuat beserta contoh jambatan yang telah dibina
- Petugas memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dibuat dan memberi tempoh masa 20 minit untuk peserta berbincang dalam kumpulan
- Peserta diberikan masa 1jam untuk membina jambatan menggunakan penyedut minuman.
- Petugas menguji tahap kekukuhan jambatan penyedut minuman yang telah dibina oleh peserta dengan meletakkan beberapa botol berisi air.
TARIKH : | 19 DISEMBER 2023 |
MASA : | 11.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI |
TEMPAT : | PEDi TAMAN INTAN JAYA |
PESERTA : | 2 ORANG |
AKTIVITI
- Bermain permainan pendidikan di laman sesawang ABCYA